Sedap sungguh buah nanas,
Buat makan berbuka puasa;
Jangan dipandang ringgit dan emas,
Tapis dahulu budi bicara.
Jika belayar jauh ke seberang,
Singgah dulu di kota Deli;
Jika hendak ramai yang sayang,
Hendaklah baik bicara budi.
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati dan bunga pandan;
Jangan ikutkan hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
alfiansan/upm/2008
Jumaat, 23 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan