Jumaat, 23 Mei 2008

MUTIARA KATA

" BAGI SETIAP USAHA YANG PENUH DISIPLIN, GANJARANNYA ADALAH BERGANDA"

" SETIAP ORANG ADA DUA PILIHAN. SAMA ADA KITA PENUH DENGAN KASIH SAYANG ... ATAU PENUH DENGAN KETAKUTAN"

" MANUSIA ADALAH APA YANG DIA PERCAYAI"

"DI SEBALIK RAHSIA SEBUAH SOALAN, TERSEMBUNYI PULA SEBUAH JAWAPAN YANG MENUNGGU MASA UNTUK DIRUNGKAIKAN"

"BIARLAH SAYA BERITAHU ANDA RAHSIA YANG MEMBOLEHKAN SAYA MENCAPAI MATLAMAT SAYA. KEKUATAN SAYA TERLETAK HANYA PADA KETABAHAN SAYA"

alfiansan/b9094/upm/2008

PAGAR HIKMAT - PENGUNCI MULUT ANJING MENYALAK

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamu Alaika Qitmir

Temukan hujung jari manis dengan ibu jari, iktikadkan mulut anjing itu telah dikunci, mudah-mudahan anjing itu tidak akan menyalak lagi.

alfiansan/upm/2008

PAGAR HIKMAT - BINATANG BUAS TIDAK MENGUSIK KITA

Bismillahirrahmannirrahim

Salamun Ala Nuhin Filalamin Innaka Hamidun Mazid.

Diwiridkan membaca ayat ini , isyaallah binatang buas
akan pergi jauh dari tempat kita.

Ceritanya ialah semasa karam dunia bahtera Nabi Noh
diisikan dengan berbagai rupa binatang dan semasa inilah binatang buas itu telah berjanji terhadap Nabi Allah Noh itu mengatakan ia tidak akan mengusik sesiapa bila menyebut nama Nabi Allah Noh itu.

alfiansan/upm/2008

PETUA - REDAKAN BENGKAK SENGATAN BERBISA

Jika anda disengat serangga berbisa seperti tebuan dan kala jengking, jangan cemas. Segeralah minum air kelapa muda untuk menghilangkan rasa bisa dan mencegah ia daripada merebak. Kemudian, baca Fatihah tujuh kali dan ludahkan pada tempat disenggat. Selepas itu, gosok-gosokkan berulang kali. Insya-Allah, bengkak dan bisa hilang serta-merta.

alfiansan/upm/2008

PETUA - DAUN SETAWAR TURUNKAN SUHU

Setawar biasanya dijadikan hiasan di halaman rumah.Ia diakui boleh menurunkan suhu badan dan menyembuhkan demam. Caranya mudah : Petik beberapa helai daun setawar, ramas hingga hancur dan sapukan pada dahi serta seluruh kepala. Insya-Allah, lebih kurang lima minit suhu badan turun dan demam berkurangan.

alfiansan/upm/2008

PANTUN NASIHAT

Sedap sungguh buah nanas,
Buat makan berbuka puasa;
Jangan dipandang ringgit dan emas,
Tapis dahulu budi bicara.

Jika belayar jauh ke seberang,
Singgah dulu di kota Deli;
Jika hendak ramai yang sayang,
Hendaklah baik bicara budi.

Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati dan bunga pandan;
Jangan ikutkan hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

alfiansan/upm/2008

SAJAK - MANUSIA BIJAKSANA

KITA KAN MANUSIA BIASA
TINGGAL DALAM RENTA BUANA
KEDUTNYA KITA PIJAK
ASASNYA KITA INJAK

IBU TAK MAHU LIHAT ISI HUTAN
SAMPAI SEMBAH KAKIMU
AYAH TAK MAHU LIHAT LAUTAN
SAMPAI TERBELAH DUA UNTUK JALANMU
NENEK TAK MAHU LIHAT KAU SAMPAI
MAMPU BERKATA-KATA DENGAN SEMUT
DATUK PUN TAK MAHU LIHAT SAMPAI
AWAN IKUT KE MANA
LANGKAHMU

B9094/UPM/2008

Sabtu, 3 Mei 2008

GURUKU CAHAYAKU

Guruku...
Kau ibarat lilin
Yang sekadar membakar
Membakar diri untuk menerangiku
Insan yang dahagakan didikanmu
Guru
Tiada bahasa dapat diungkapkan
Tiada madah yang dapat disusunkan
Betapa besar jasa dan bakti
Kaucurahkan padku...
Guruku...
kau adalah permata
Yang amat berharga
Tanpamu aku akan kecundang
Di alam fana....

BUDAYA CANGGUNG

Lihat dimeja itu
Sebatang lilin berdiri
Apinya menari-nari
Meliuk irama funky
Lihat dianjung pondok itu
Sebuah pelita turut berdiri
Apinya menari irama rocku
Melentuk sumbang sekali

Lalu ... aku pun menegur
Henti .....ini bukan tarimu
Ulikkan jenari itu
Tari zapin inang Melayu

Namun bicaraku tak kau peduli
Terus menari sanggah tradisi
Dan aku menjadi berang
Kuhembus nafas kencang...
Dan ...apimu pun terpadam

APABILA BERBICARA DALAM BAHASA

Apabila kita semua bangun
Berbicara di dalam bahasa kita
Kita seolah memunggah kembali khazanah lama
Dari peti yang semakin berat dan karat
Lalu menjadikannya seumpama mutiara

Pada dataran berlembah ini
Bahasa itu akan tetap berbicara dengan sendiri
Meski tiada lagi penuturnya
Bahasa Melayu.....